Saturday 3 December 2011



 
Jadikan Bidang Yang Anda Cintai Suatu Perniagaan

A salam semua...Lama dah tak update. Bukan tak ingat tapi tak sempat. Wah! macam sibuk sangat saya ni, tapi memang sibuk pun. 

Kebelakangan ini, selain kerja yang melambak-lambak, semangat nak majukan diri dan memperkembangkan bakat yang terpendam tak pernah padam. Sedar tak sedar saya punya bakat yang diwarisi dari emak saya.  Emak saya selalu cakap saya ada bakat, tapi saya tak ambil pot, entah kenapa ye. Seperti kata seorang sahabat, saya selalu tidak endah kelebihan diri sendiri sedangkan orang lain boleh nampak kelebihan saya...ohhh terharunya saya...Kata ibu saya lagi, kelebihan saya boleh menjana duit. Mahu tidak mahu, saya imbas balik kata-kata emak dan teman saya tadi...Emmm untuk permulaan saya mesti cuba. Bidang yang saya maksudkan adalah solekan pengantin dan hiasan pahar atau dulang pengantin. 

Saya suka bersolek, walau belum pakar tapi dan menyolek pengantin dan orang bertunang. Saya suka solekan yang sederhana (tidak mengubah rupa asal penganti). Oh ! saya tak suka sebelum disolek, muka macam Timah, bila dah disolek, muka macam Julia Robert pula....tak aci, tak aci. Saya percaya pengantin pun suka jadi diri sendiri. Risau bakal suami tak kenal nanti.


  
Sebelum disolek
Selepas disolek

Hiasan dulang hantaran pula, dari saya sendiri hingga adik beradik, saya kerjakan sendiri. Terbaru, saya ada 3 koleksi dulang dan pahar hantaran untuk disewa. 
Koleksi A
Koleksi B
Koleksi C

Seronok ada perkara baru untuk dibuat, terutama ianya mendatangkan pendapatan. Dalam perniagaan, adatlah kalau kita kena bermodal. Selain duit, modal terpenting adalah pengetahuan dan kepakaran kita yang boleh dijadikan modal permulaan. Jangan takut mengorak langkah pertama. Walau terpaksa bertatih, teruskan. Suatu hari nanti orang akan nampak apa yang kita usahakan. Yang terpenting, usaha, usaha, usaha disertai doa dan tawakkal. Insyaallah kejayaan itu akan ada dalam genggaman kita. Wassalam


Love, 

Nora Rasit