Monday 21 November 2011

Carilah Ilmu....

As-salam...
Rasa penat dan letih pulang dari Kuala Lumpur masih belum habis, tapi dah kena adjust otak untuk pikir pasal kerja yang dah dua hari ditinggalkan. Hati masih berbunga-bunga, maklumlah baru balik jumpa buah hati pengarang jantung, Dr. Irfan Khairi.

Hati yang meledak panas bagai disiram air bila pandang wajah beliau. Suara bak buluh perindu, membakar semangat saya untuk teruskan usaha mencambah idea untuk mendalami dan menjalankan bisnes secara online. Workshop yang dihadiri sangat-sangat membantu...krew beliau yang hebat-hebat dan macho-macho belaka melengkapkan proses pembelajaran saya. Jutaan terima kasih kepada mereka semua.


Bersama Dr Irfan Khairi - Mentor ilmu berjiwa tulus

Beberapa perkara penting telah saya perolehi dari worksop ini :

  • Jangan pernah penat untuk belajar dan meneroka ilmu baru bagi meningkatkan jualan dan keuntungan. JUALAN MENINGKAT, KEUNTUNGAN MENINGKAT.
  • Bila belajar, jangan tunjuk pandai. Ia menghalang kita mendapat ilmu secara optimum. Tanya soalan sebanyak mungkin, Soalan 'bodoh' pun tak mengapa (hehehe), sebab kita tak kan jadi bodoh pun hanya kerana soalan tu tapi sebaliknya akan jadi lebih pandai. JANGAN MALU BERTANYA.

  •  Kembara mencari ilmu itu bukan mudah. Masa, tenaga dan wang ringgit menjadi taruhan. Oleh itu, setiap ilmu yang diperolehi hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya agar ilmu tersebut menjadi ilmu yang bermanfaat. ILMU TANPA AMAL BAGAI POKOK TAK BERBUAH (Elok ditebang saje).
  • Pemikiran, percakapan dan tingkahlaku harus sentiasa positif. Barulah kita umpama magnet yang akan menarik semua aura positif di sekekliling kita. Jika kita prejudis pada persekitaran kita, anasir yang negatif berpusu-pusu mendekati kita. Hati pun tak kan senang. POSITIF, POSITIF & POSITIF. 
  • Jangan sombong, jangan kedekut ilmu dan bersederhana dalam kehidupan. Contoh paling mudah, Dr. Irfan Khairi (sebab saya minat sangat cara dan pemikiran dia). Humble, energetic, sentiasa positif, ikhlas, bekerja keras dan proaktif serta tidak pernah putus asa. Lihatlah siapa beliau sekarang, ikon jutawan yang disegani, dikagumi dan disayangi (saya salah seorang dari jutaan peminat setianya).'IKUT RESMI PADI, MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI'.
Banyak lagi manfaat lain yang saya perolehi, cukuplah saya kongsi yang paling-paling penting. Tak rugi melabur untuk ilmu. Pandangan semakin luas, idea semakin bercambah dan motivasi semakin meningkat, Bak kata Dr. Irfan Khairi, jika kita nak kaya dan berjaya, bergaul lah dengan orang-orang yang kaya dan berjaya juga. Tempiasnya akan kena pada kita juga. Bagi teman-teman semua, jika anda ingin melabur dalam ilmu, tidak rugi melabur dengan Dr. Irfan khairi. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.rahsiainternet.com/.

Sehingga pada entry akan datang, Wassalam.

Monday 14 November 2011

Perniagaan Dan Kehidupan

Nabi pernah bersabda, " 9 daripada 10 rezeki itu datang dari perniagaan ".
Alhamdulillah...dah 6 tahun Nora berniaga....kemanisannya tetap Nora nikmati walau pahitnya bukan sedikit yang Nora terpaksa telan. Walau kenyataan tak seindah mimpi, Nora tetap teruskan perjuangan demi menikmati sebuah kejayaan.
Kejayaan itu pastinya bukan buat diri Nora seorang tapi buat semua yang selama ini berdiri dan berkorban di belakang Nora hanya untuk melihat Nora berjaya. Buat kedua ibubapa, arwah nenek, kaum keluarga, bapa kepada anak-anak Nora, sahabat sejiwa dan sahabat-sahabat semua, jasa dan pengorbanan kalian tidak pernah lekang dari ingatan dan hanya Aallah sahaja yang dapat membalasnya.
Januari 2006, saat manis berdiri di hadapan premis perniagaan sendiri. Terima kasih kepada pihak PUNB yang telah merealisasikan impian Nora memulakan perniagaan. Nora bermula dari 'kosong'. Syukur ada MCSB yang menitipkan ilmu bagi Nora memulakan perniagaan dalam bidang fotokopi dan cetakan kad perkahwinan. Bapa kepada anak-anakku juga sama-sama berkorban membantu memulakan perniagaan.
Kini, pada tahun 2011 yang bakal melabuhkan tirainya, Nora masih di daerah ini, dalam bidang perniagaan yang Nora cintai, Nora bersyukur pada Allah yang telah memberikan rahmat dan berkat.
Dalam perniagaan ketulusan hati dan kecintaan yang tinggi dalam apa yang diusahakan amat penting, Ia senjata kita memburu kejayaan yang ada di serata bumi Allah. Yang penting perniagaan yang dijalankan dari sumber yang halal. Operasi juga mestilah telus dan jujur, barulah rezeki yang halal masuk ke dalam aliran tunai kita. Itulah nikmat berniaga, pendapatan yang halal adalah matlamat kita.Jangan pendapatan dicemari unsur haram, kelak ia memakan diri dan perniagaan pasti berdepan dengan masalah besar.
Bukan itu sahaja, pendapatan yang haram mempengaruhi aspek kehidupan dan akhirnya akan memusnahkan sistem ekonomi itu sendiri. Perniagaan adalah wadah kita mencari rezeki, wadah membantu orang lain (melalui zakat dan sedeqah). Bayangkan kalau pendapatan itu dari sumber haram, kemudian rezeki itu dikongsi dengan orang lain, alangkah malangnya. Selain dari di laknat Allah, kelak rezeki yang diagih-agihkan tak membawa keberkatan, akhirnya akan merosakkan jiwa dan hati masyarakat justeru menyumbang masalah sosial dan kelumpuhan ekonomi, nauzubillah...
Apapun bidang kita ceburi, sama ada makan gaji atau bekerja sendiri, jangan malu-malu untuk berniaga kerana Allah telah menjanjikan rezeki buat hambaNya yang berusaha mencari rezeki yang halal.Perniagaan dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, andai dipisah, terhimpitlah rezeki, pincanglah ekonomi. Wassalam.