Monday 21 November 2011

Carilah Ilmu....

As-salam...
Rasa penat dan letih pulang dari Kuala Lumpur masih belum habis, tapi dah kena adjust otak untuk pikir pasal kerja yang dah dua hari ditinggalkan. Hati masih berbunga-bunga, maklumlah baru balik jumpa buah hati pengarang jantung, Dr. Irfan Khairi.

Hati yang meledak panas bagai disiram air bila pandang wajah beliau. Suara bak buluh perindu, membakar semangat saya untuk teruskan usaha mencambah idea untuk mendalami dan menjalankan bisnes secara online. Workshop yang dihadiri sangat-sangat membantu...krew beliau yang hebat-hebat dan macho-macho belaka melengkapkan proses pembelajaran saya. Jutaan terima kasih kepada mereka semua.


Bersama Dr Irfan Khairi - Mentor ilmu berjiwa tulus

Beberapa perkara penting telah saya perolehi dari worksop ini :

  • Jangan pernah penat untuk belajar dan meneroka ilmu baru bagi meningkatkan jualan dan keuntungan. JUALAN MENINGKAT, KEUNTUNGAN MENINGKAT.
  • Bila belajar, jangan tunjuk pandai. Ia menghalang kita mendapat ilmu secara optimum. Tanya soalan sebanyak mungkin, Soalan 'bodoh' pun tak mengapa (hehehe), sebab kita tak kan jadi bodoh pun hanya kerana soalan tu tapi sebaliknya akan jadi lebih pandai. JANGAN MALU BERTANYA.

  •  Kembara mencari ilmu itu bukan mudah. Masa, tenaga dan wang ringgit menjadi taruhan. Oleh itu, setiap ilmu yang diperolehi hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya agar ilmu tersebut menjadi ilmu yang bermanfaat. ILMU TANPA AMAL BAGAI POKOK TAK BERBUAH (Elok ditebang saje).
  • Pemikiran, percakapan dan tingkahlaku harus sentiasa positif. Barulah kita umpama magnet yang akan menarik semua aura positif di sekekliling kita. Jika kita prejudis pada persekitaran kita, anasir yang negatif berpusu-pusu mendekati kita. Hati pun tak kan senang. POSITIF, POSITIF & POSITIF. 
  • Jangan sombong, jangan kedekut ilmu dan bersederhana dalam kehidupan. Contoh paling mudah, Dr. Irfan Khairi (sebab saya minat sangat cara dan pemikiran dia). Humble, energetic, sentiasa positif, ikhlas, bekerja keras dan proaktif serta tidak pernah putus asa. Lihatlah siapa beliau sekarang, ikon jutawan yang disegani, dikagumi dan disayangi (saya salah seorang dari jutaan peminat setianya).'IKUT RESMI PADI, MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI'.
Banyak lagi manfaat lain yang saya perolehi, cukuplah saya kongsi yang paling-paling penting. Tak rugi melabur untuk ilmu. Pandangan semakin luas, idea semakin bercambah dan motivasi semakin meningkat, Bak kata Dr. Irfan Khairi, jika kita nak kaya dan berjaya, bergaul lah dengan orang-orang yang kaya dan berjaya juga. Tempiasnya akan kena pada kita juga. Bagi teman-teman semua, jika anda ingin melabur dalam ilmu, tidak rugi melabur dengan Dr. Irfan khairi. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.rahsiainternet.com/.

Sehingga pada entry akan datang, Wassalam.

2 comments:

  1. Tahniah Nora Rasit dan noragoodcard kerana meneruskan tip-tips perniagaan.

    Saya amat tertarik dengan stail penulisan blog Nora Rasit. Santai tapi serius dan tulus. Pendek tapi bernas. Menarik dengan ruang serta suntikan humour yang bersahaja dan picture yang menawan. Kekalkan gaya penulisan ini, saya yakin Nora Rasit akan menjadi blogger yang popular dan prolific.

    Isi yang Nora Rasit kemukakan juga isi yang memberangsangkan. Masyarakat niaga bumiputra sering lupa, untuk berjaya kita hendaklah terus belajar dan belajar. Mencari ilmu dan kemahiran. Menambah pengalaman dengan pengalaman sendiri atau mengutip pengalaman icon yang berjaya. Dr. Irfan Khairi adalah icon generasi contemporary yang x mudah lupa diri. Makin tunduk makin berisi dan ular menyusur akar x akan hilang bisanya. Saya yakin Nora Rasit pun macam tu juga nanti. Berada dalam landasan yang betul mengikuti jejak langkah icon jantung hati Dr Irfan, dengan kaedah contemporary ‘the-state-of-the-art’ marketing – internet marketing.

    Cuma, nasihat saya, bila Nora Rasit dah ternama nanti, jangan lupa untuk ‘reward’ diri sendiri dan yang tersayang. Jangan ikut rasmi ‘Haji Bakhil Lebai Kedekut’ makin kaya makin sengket perwatakannya. Kita patut jadi lebih pemurah. Kita sudah berkemampuan.

    Salam ikhlas untuk Nora Rasit dan noragoodcard dalam tips kehidupan dan perniagaan.

    ReplyDelete
  2. yup mmg byk yg diperolehi dr seminar ni...akan ke seminar yg lbh intensif lg nanti.. Cerita yg sama di sini --> http://www.harrisfadzilah.com/2011/10/pelaburan-ilmu-untuk-terus-maju-dalam.html

    ReplyDelete