Monday 14 November 2011

Perniagaan Dan Kehidupan

Nabi pernah bersabda, " 9 daripada 10 rezeki itu datang dari perniagaan ".
Alhamdulillah...dah 6 tahun Nora berniaga....kemanisannya tetap Nora nikmati walau pahitnya bukan sedikit yang Nora terpaksa telan. Walau kenyataan tak seindah mimpi, Nora tetap teruskan perjuangan demi menikmati sebuah kejayaan.
Kejayaan itu pastinya bukan buat diri Nora seorang tapi buat semua yang selama ini berdiri dan berkorban di belakang Nora hanya untuk melihat Nora berjaya. Buat kedua ibubapa, arwah nenek, kaum keluarga, bapa kepada anak-anak Nora, sahabat sejiwa dan sahabat-sahabat semua, jasa dan pengorbanan kalian tidak pernah lekang dari ingatan dan hanya Aallah sahaja yang dapat membalasnya.
Januari 2006, saat manis berdiri di hadapan premis perniagaan sendiri. Terima kasih kepada pihak PUNB yang telah merealisasikan impian Nora memulakan perniagaan. Nora bermula dari 'kosong'. Syukur ada MCSB yang menitipkan ilmu bagi Nora memulakan perniagaan dalam bidang fotokopi dan cetakan kad perkahwinan. Bapa kepada anak-anakku juga sama-sama berkorban membantu memulakan perniagaan.
Kini, pada tahun 2011 yang bakal melabuhkan tirainya, Nora masih di daerah ini, dalam bidang perniagaan yang Nora cintai, Nora bersyukur pada Allah yang telah memberikan rahmat dan berkat.
Dalam perniagaan ketulusan hati dan kecintaan yang tinggi dalam apa yang diusahakan amat penting, Ia senjata kita memburu kejayaan yang ada di serata bumi Allah. Yang penting perniagaan yang dijalankan dari sumber yang halal. Operasi juga mestilah telus dan jujur, barulah rezeki yang halal masuk ke dalam aliran tunai kita. Itulah nikmat berniaga, pendapatan yang halal adalah matlamat kita.Jangan pendapatan dicemari unsur haram, kelak ia memakan diri dan perniagaan pasti berdepan dengan masalah besar.
Bukan itu sahaja, pendapatan yang haram mempengaruhi aspek kehidupan dan akhirnya akan memusnahkan sistem ekonomi itu sendiri. Perniagaan adalah wadah kita mencari rezeki, wadah membantu orang lain (melalui zakat dan sedeqah). Bayangkan kalau pendapatan itu dari sumber haram, kemudian rezeki itu dikongsi dengan orang lain, alangkah malangnya. Selain dari di laknat Allah, kelak rezeki yang diagih-agihkan tak membawa keberkatan, akhirnya akan merosakkan jiwa dan hati masyarakat justeru menyumbang masalah sosial dan kelumpuhan ekonomi, nauzubillah...
Apapun bidang kita ceburi, sama ada makan gaji atau bekerja sendiri, jangan malu-malu untuk berniaga kerana Allah telah menjanjikan rezeki buat hambaNya yang berusaha mencari rezeki yang halal.Perniagaan dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, andai dipisah, terhimpitlah rezeki, pincanglah ekonomi. Wassalam.

3 comments:

  1. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Jika tak dipecah ruyung mana bisa dapat sagunya. Tahniah, Nora telah mengatasi langkah pertama dalam perniagaan. Kini Nora bukan sahaja telah bertatih malah sudah boleh berlari dalam liku perjalanan perniagaan yang berlaku, semakin mencabar namun menjanji pulangan lumayan sebagaimana dijanjikan Junjungan SAW. Saya dapat menyimpul, kunci kepada perjalanan Nora adalah ketelusan, keihlasan dan kegigihan dalam meneroka bidang yang diredhakan. Saya berasa bangga kerana Nora telah berjaya sehingga ke tahap ini. Saya kagum, Nora terus gigih dan tidak jemu-jemu menongkah ke hadapan untuk mengembangkan sayap dalam sinergi perniagaan. Daripada perkhidmatan fotokopi Nora telah melpebagaikan kepada rekacipta grafik. Kini kad-kad perkahwinan (customized) yang dicipta khusus menepati citarasa pelanggan. Kad niaga Nora merungkai segala-galanya. Tahniah dalam usaha sinergi pengembangan itu Nora. Tahniah sekali lagi, tidak sabar saya menanti, produk baru yang bakal Nora hidangkan dalam persada perniagaan….

    ReplyDelete
  2. Congratulation my little girl Nora. You have advance one step ahead. This blog is your testimony, of your experience and deduction from your college days. There are a lot of things they don’t teach us at college. You have shown some of them. They don't teach us how to love somebody. They don't teach us how to be famous. They don't teach us how to be rich or how to be poor. They don't teach us how to walk away from someone we don't love any longer. They don't teach you how to know what's going on in someone else's mind. Most of all they don't teach you anything worth knowing in business. You have to endure yourself. And you have started it since 2006. It doesn't matter how many times you fail. It doesn't matter how many times you almost get it right. No one is going to know or care about your failures, and neither should you. All you have to do is learn from them and those around you because... All that matters in business is that you get it right once. Then everyone can tell you how lucky you are. Therefore Nora, do more than is required. Expand your current going beyond imagination. Photocopier, imaging, graphic illustrating and now dedicated cards particularly wedding cards already in the pipeline. I wonder what’s next. Quit worrying about how everything is going to turn out. Live one day at a time; better yet, make the most of this moment. It’s good to have a big – picture outlook, to set goals, to establish budgets and make plans, but if you’re always living in the future, you’re never really enjoying the present in the way God wants you to. You have shown your way since 2006 and now you have the formulae to cover the distance between someone who achieves their goals consistently and those who spend their lives and careers merely following? The extra mile. Happiness Nora, does not come from doing easy work but from the afterglow of satisfaction that comes after the achievement of a difficult task that demanded our best. Remember Nora, we might be a slow walker, but we never walk back. Congratulation once again, on this inaugural issue of your blog. Guess I am lucky to be among the early birds.

    ReplyDelete
  3. tahniah... hebat ibu kepada anak-anakku...

    ReplyDelete