Sunday 6 May 2012

21 April Yang Lalu...

Saya masih di sini, meneruskan usaha untuk memantapkan kewujudan saya menjadi make up artist yang berjaya dan punya identiti sendiri. Saya tak boleh menipu diri mengikut alunan gaya makeup semasa. Bagi saya make up untuk pengantin itu harus tampak manis dan menyerlahkan keayuan dan kesucian wajah pengantin, BUKAN BERLEBIH-LEBIH UNTUK JADI ORANG LAIN.

Saya akui semua orang mau tampak cantik di hari bahagia yang barangkali hanya berlaku sekali seumur hidup. Biarlah wajah itu dikenang kerana kelembutan dan keayuan persis si puteri raja. Jangan pula dicemuh seperti kuih atau pemain wayang. Hati yang berbunga bahagia kerana cinta hati bertaut dengan sang arjuna sudah cukup menyerlahkan kecantikan dalaman ditambah dengan solekan yang sedap mata memandang, hati mana yang tidak tertawan, jiwa mana yang tidak bergelora.

Tidak mau bercerita panjang, 21 April lalu, Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan tugasan menyolek dan mengiring pengantin. Kecut perut saya kerana ini pengalaman pertama menyolek dan mengiring pengantin diluar dari keluarga sendiri. Namun kepercayaan yang diberikan tuan rumah, mendorong saya membuat yang terbaik.

KRONOLOGI MAJLIS

Sesi pasang pelamin pada 19 April oleh team Lovely Wedding Rose.

Haaa dah siap, berseri-seri tema oren dan krim...ceria + harmoni...


ehem ehem...ambil berkat walau tak ada niat....

Walau ini bukan pelamin saya, saya setia menunggu memberi semangat pada Rose, (owner Lovely Wedding Rose)  n the team untuk siapkan pelamin.

Hari berikutnya, meja makan beradap siap di pasang oleh Rose n the team  dari Lovely Wedding Rose
Tibalah hari di nanti, 21 April....tak moh cerita panjang-panjang, kita tengok je gambar kat bawah....




tengah solek


tengah siap-siap
kemaskan apa yang patut
inilah hasilnya, pengantin yang cantik rupawan
merpati dua sejoli, suka tengok diaorang, cool n relaks

Add caption

the bride is so 'cool'...

me n assistant, thanks darling 
berakhir misi hari tu dengan jayanya...alhamdulillah, syukur. Walau penat, hati puas. Harap lepas ni lebih banyak job menanti. Yang pasti saya nak concentrate pada solekan sahaja since itu saja yang buat saya puas dan bahagia...

Love, 
Nora Rasit





Thursday 12 April 2012

MINGGU JATUH CINTA...

Minggu ini minggu cinta baru saya. Saya betul-betul jatuh cinta pada dia. Hemmm...dia muda, dia istimewa dan paling penting pembawaan dan keyakinan serta pencapaian dirinya dalam bidang yang diceburi. Siapa dia? Siapa dia yang berjaya membuat saya menatap blog dan website rasminya berjam-jam sambil bekerja sepanjang minggu ini?...Ini gerangannya :


DIAN PELANGI (source :http://dianrainbow.blogspot.com  )
Bukan saya mengagumi fesyennya semata-mata tapi saya kagum dengan semangat dan kesungguhannya. Dia berusaha mengubah persepsi bahawa bertudung itu kolot dan kekampungan. Dia masih muda ( awal 20-an) namun dia bijak guna sumber-sumber disekelilingnya untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya, bukan hanya di Indonesia tapi juga di peringkat antarabangsa.

Bapanya pengusaha tekstil dan ibunya pemilik butik, Latarbelakang ini sudah cukup untuk membantu dia melonjakkan diri dalam dunia rekaan fesyen pakaian muslimah yang berjaya.

Ideanya sentiasa segar dan menampilkan warna-warna yang ceria, cuba tengok ni...



DIAN PELANGI (source :http://dianrainbow.blogspot.com  )


Dian sangat suka teknik ikat celup dalam rekaannya.Tengok gayanya, energetik dan bersahaja. Melihat kombinasi warna-warna rekaan pakaiannya buat hati kita rasa senang. warna kan indah, bila digabung dan dihias dengan jiwa dan minat mendalam pasti akan menzahirkan rekaan yang menarik perhatian. Tambahan lagi, Dian memang stylo, saya suka gaya-gayanya


DIAN PELANGI (source :http://dianrainbow.blogspot.com  )
Cerita-cerita pasal Dian Pelangi ni, siapa Dian Pelangi? Kalau nak tau lebih lanjut, tengok kat sini ok :


http://dianrainbow.blogspot.com


http://dianpelangi.com/



Wednesday 28 March 2012

Belajar Terus Belajar...

Dah lama blog ni tak ber update...bukan tak cukup masa tapi saya la yang selalu tak dapat luangkan masa. Masa memang dah cukup 24 jam, cuma tuntutan kerja saya memerlukan lebih dari 24 jam sehari untuk saya selesaikan semuanya dalam sehari. Jalan terbaik, kerja harus dibahagi-bahagikan ikut keutamaan...emmm. Tak apa, yang penting kerja semua siap on the due date.

Setiap hari yang dilalui adalah pelajaran buat diri saya. Kekadang pelajaran itu amat menekan dan memeritkan, namun saya selalu letak pelajaran itu pada tempat yang positif walau pada mulanya saya agak tak rasional. Duduk dan halusi apa yang berlaku, penghujungnya kita pasti ketemu jawapan mengapa Allah ajar kita dengan cara begitu.


Begitu juga dengan bidang baru yang saya ceburi iaitu solekan. Belajar dalam bidang ini tiada habisnya. Tetapi saya tahu terdapat perubahan yang ketara dengan hasil solekan saya.


makeup pada November 2011



Makeup pada Januari 2012



Makeup pada Febuari 2012 (Maaf le kualiti  gambar kurang memuaskan)


Makeup pada Febuari 2012


Makeup pada Mac 2012


Saya akan berusaha untuk terus pertingkatkan pengetahuan dan kemahiran. Pada yang memberi komen jujur dan ikhlas, terima kasih banyak-banyak. Komen itu saya jadikan dorongan untuk perbaiki hasil solekan saya...


Belajar dan terus belajar
NORA RASIT

Thursday 16 February 2012

Ilmu Adalah Modal Terpenting Perniagaan.

Update saya kali ini ilmiah sikit, tapi saya suka sangat nak kongsi...harap tak boring...hehehe.

Apa pun yang kita buat mesti ada ilmu. Ilmu adalah tunjang kejayaan. Tak terkecuali bidang perniagaan. Untuk membuka premis perniagaan, untuk menceburi cabang baru perniagaan, semuanya mesti ada ilmu yang lengkap mengenainya. Selain itu, kemahiran dalam bidang yang diceburi amatlah penting, kita mesti tau selok belok bidang yang kita ceburi walau tak semuanya kita lakukan sendiri iaitu mendapatkan sumber dari luar (outsourcing).

Ramai juga orang berfikir, dengan wang semua boleh direalisasikan. Wang boleh menampung semunya. Tapi kita perlu ingat, sifat wang adalah ia akan habis bila digunakan, tambahan jika ia digunakan tanpa perancangan dan pengendalian yang bijak. Sesetengah orang cuma ada modal dari segi kewangan. Tapi dari segi modal ilmu dan kemahiran mereka tak ada, lantas mudah ditipu, lebih parah pengurusan perniagaan diserahkan pada orang yang dianggap pakar dalam bidang perniagaan yang kita jalankan. Sedangkan bila melibatkan soal wang, orang bodoh pun akan mengaku pandai. Akhirnya perniagaan yang kita sangka akan berkembang maju menjadi sebaliknya. Untung yang diharapkan, rugi lagi ada.

Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan, ilmu adalah modal terpenting dalam bidang perniagaan, carilah ilmu sebanyak-banyaknya bagi mempersiapkan diri menceburi bidang perniagaan yang ingin dijalankan. Di samping itu, kemahiran akan menjadi pendokong kepada kejayaan. Ilmu dan kemahiran akan membantu kita menghadapi kesulitan dan musibah dalam perniagaan kerana bidang ini tidak sunyi dari dugaan, tipu helah dan muslihat. Sikap berhati-hati akan membuka mata kita terhadap ancaman yang bakal mendatang. Risiko boleh diambil untuk berkembang tapi biarlah risiko itu risiko yang kita boleh tanggung dan jangkakan pada satu-satu masa, bak kata orang putih 'calculated risk'.Jangan dengar pulangan besar, terus melabur tanpa memikirkan risiko yang mungkin bakal dihadapi. 

Akhir kata, carilah ilmu walau untuk apa pun, Nabi sendiri dah berpesan peri pentingnya ilmu. Jangan abaikan ilmu, carilah ilmu hingga ke liang lahad. Tapi ilmu yang baik-baik ye...!!!

Love,
Nora Rasit 



Wednesday 8 February 2012

Make Up Majlis Pertunangan

Selepas menyolek adik saya pada majlis perkahwinannya, alhamdulillah rezeki saya untuk menyolek orang memang murah. Konsep yang saya bawa nampaknya ada peminat tersendiri. Bukan semua orang suka dimekap tebal-tebal atau sehingga berubah dari wajah asal. Konsep saya mudah, SERLAHKAN KECANTIKAN TANPA MENGUBAH WAJAH DIRI SENDIRI.


Terbaru, pada 4 Febuari lepas, saya menyolek untuk majlis bertunang Nur Ain. Alhamdulillah, selepas orang tengok hasil solekan saya ada yang berminat untuk ambil saya bagi projek seterusnya...kali ni lebih mencabar, selalin menyolek, saya kena sediakan pakaian, pelamin dan meja makan beradap...fuh, cabaran betul...saya ada kelengkapan mekap je...jadi cemana tu...Berkat sokongan mak dan sahabat saya, cabaran tersebut saya tangani sebaik mungkin. Dah Allah kata rezeki saya , dapat saya job untuk 21 April nanti...Alhamdulillah...syukur pada Allah...kepada Lovely Wedding Rose, terima kasih banyak-banyak atas kerjasama untuk pelamin, meja makan dan pakaian...




Berbalik cerita mekap bertunang tadi, kerja-kerjanya agak mencabar juga. Ini kerana Ain yang manis  ni ada freckles yang boleh tahan juga banyaknya...hehehe...So what to do....slow-slow cover ngan concealer la...what a magical stuff. Ain pun cool dan bagi kerjasama sepenuhnya. Bagi beginner macam saya, kerjasama sebegini amat-amat membantu menaikkan keyakinan diri dan jadi lebih kreatif.


Setelah freckles ditutup tapi belum letak warna lagi....hehehe




Selepas di mekap, terserlah ayumu

Moga jodoh Nur Ain teguh hingga ke jinjang pelamin...dan kerjaya saya sebagai jurusolek terus cemerlang...

Sunday 5 February 2012

Make Up Pengantin & Gubahan Hantaran

Lama sungguh tak update kat sini...kalau kepompong dah jadi rama-rama sebab lama sangat tunggu saya update. Allah bagi masa dah cukup 24 jam sehari, namun apa kan daya, sayalah manusia lemah yang selalu terkejar-kejar dengan masa.

Awal tahun ini betul-betul menguji kredibiliti saya sebagai ibu yang tunggal...melayan anak daftar sekolah, kerja yang menimbun kerana sesi persekolahan baru bermula termasuklah tekanan menyiapkan persediaan perkahwinan adik bongsu perempuan saya iaitu gubahan hantaran. Semua hal2 yang saya nyatakan tadi menagih bukan sedikit masa dan tenaga namun semuanya saya sempurnakan sebaik mungkin walau kadangkala kesihatan menjadi taruhan.

Kerja-kerja membuat gubahan hantaran bermula sejak bulan Disember 2011. Saya cari bahan di Nilai 3, Kluang dan Ayer Hitam. Kerja2 menggubah bermula awal bulan Januari 2012. Mula-mula idea memang payah nak datang tambah pula saya selalu keletihan kerana kerja yang banyak...akhirnya dah kena sound dengan Big Boss (My Mom) satu malam saya siapkan 5 dulang terus...hahaha padan muka saya....tercabar dan 'sakit telinga' punya pasal, boleh pun saya buat. Tapi hasilnya sangat puas hati, sampai masa yang ditetapkan kerja saya membuat gubahan hantaran beres...9 dulang semuanya...fuuuhhhh.

9 dulang gubahan hantaran yang telah disiapkan


Gubahan untuk minyak wangi

Gubahan untuk kek
Gubahan sireh junjung
Sekarang saya rasa saya mampu membuat gubahan-gubahan tersebut mengikut permintaan pelanggan. Tak perlu terlalu sarat dan membazir tapi sederhana dan elegan sudah memadai, yang penting hantaran cantik dipandang mata selain kos yang terlibat tidak terlalu besar. Konsep bersederhana amat saya titikberatkan. Ye lah , hantaran kan hadiah ikhlas untuk pihak sebelah...bukan untuk buat pertunjukan dan mengundang bisik-bisik orang dibelakang (fitnah).

Selain itu, untuk majlis perkahwinan adik saya, saya juga bertindak sebagai tukang make up...emmm. Sebelum make up, beginilah mukanya...

Sebelum ditempek dengan warna-warna yang indah...hehehe



Kat bawah ni gambar-gambar sesuadah di solek (yang baju putih untuk majlis nikah dan baju pink untuk majlis sanding)







 

 Walau ramai yang beri komen positif terhadap hasil kerja saya, saya masih sedar banyak lagi kelemahan harus diperbaiki, ilmu juga harus ditingkatkan..Saya anggap ini sebagai langkah pertama untuk saya mengorak langkah seribu dalam bidang solekan dan gubahan hantaran. Saya harap hasil kerja pertama ini juga dapat membuka mata orang lain untuk melihat bakat dan kesungguhan saya dalam bidang ini. Tingkatkan usaha dan promosi....Sokongan mak juga buat saya lebih bersemangat....TQ semua...!



Sunday 1 January 2012

KECANTIKAN DAN TAHUN 2012
Happy New Year- Nora Rasit


Tiada ucapan yang lebih berharga selain mendoakan kejayan diri dan kalian semua di tahun 2012 ini. Saya percaya sempena tahun baru ini semua orang memasang azam baru walau hakikatnya saya berazam setiap hari....Tak salah kan...saya yakin setiap dari kita sebaik celik mata di pagi hari, kita memanjatkan syukur pada Ilahi kerana masih bernafas untuk mengharungi hidup ini. Selepas itu, sederet tugasan yang hendak disempurnakan hari ini berpusu menerjah minda. Lantas anggota tubuh mula bergerak menyempurnakan tugasan- tugasan tadi...itulah azam bagi saya, menetapkan tugasan yang hendak dilaksanakan dalam tempuh tertentu mengikut spesifikasi yang telah saya tetapkan. Anda bagaimana...??? Mungkin anda ada definisi yang lebih baik...hehehee...tinggalkan di bahagian komen ok...boleh kita share sama-sama.

Manusia suka kecantikan. Baik lelaki atau perempuan sukakan kecantikan. Nabi juga menggariskan salah satu ciri-ciri wanita untuk dinikahi itu cantik orangnya. Seperti semua maklum, definisi cantik itu luas. Bak kata orang, cantik luar dan dalam...terserah pada tafsiran dan penilaian. Cantik itu boleh dari aspek pengetahuan, rupa paras, budi bahasa, tingkahlaku dan macam-macam lagi, asal berkenan di hati....semuanya CANTIK.

Tahun 2012 saya bercadang menceburkan diri dalam bidang kecantikan bertumpu pada bidang solekan. Solekan untuk majlis-majlis keraian, pertunangan, pernikahan dan persandingan akan menjadi keutamaan saya. Minat saya telah bercambah lama cuma bakat menyolek tu tidak diasah. Bila ada yang memberikan komen positif selain dari trend pasaran yang memberangsangkan, saya fikir tiada salahnya saya menceburi bidang ini. Selain bakat, minat yang mendalam juga membuatkan saya tekad untuk berusaha dalam bidang ini.

Tirai 2011 saya tutup dengan menyolek seorang kawan yang inginkan perubahan pada penampilannya untuk satu majlis. Sebagai percubaan pertama yang saya anggap ada peningkatan dari hasil kerja saya sebelum ini, suka saya ingin berkongsi kepada anda. Saya jadikan ini sebagai titik tolak dalam kerjaya saya sebagai jurumekap kelak...

Sebelum disolek...
 Setelah mengambil masa hampir 2 jam, dicampur dengan sembang- sembang member lama...inilah hasilnya....jeng3.... 
Haaa....ada perubahan tak...?(setelah disolek)   


Alhamdulillah..sahabat saya berpuas hati dengan hasilnya dan ini menguatkan semangat saya untuk berusaha lebih gigih lagi. Diharap pasa masa akan datang saya akan berpeluang menyolek lebih ramai lagi. Saya mahu sentuhan saya dikenang dan mampu memberi kepuasan kepada bakal pelanggan saya...Amiin.


P/S : Kepada yang ingin memberi peluang seterusnya memberikan lebih ruang untuk saya mengembangkan bakat, sila hubungi saya di talian 013-7572748. Harga amat berpatutan. Terima kasih.


Love,
Nora Rasit