Thursday 16 February 2012

Ilmu Adalah Modal Terpenting Perniagaan.

Update saya kali ini ilmiah sikit, tapi saya suka sangat nak kongsi...harap tak boring...hehehe.

Apa pun yang kita buat mesti ada ilmu. Ilmu adalah tunjang kejayaan. Tak terkecuali bidang perniagaan. Untuk membuka premis perniagaan, untuk menceburi cabang baru perniagaan, semuanya mesti ada ilmu yang lengkap mengenainya. Selain itu, kemahiran dalam bidang yang diceburi amatlah penting, kita mesti tau selok belok bidang yang kita ceburi walau tak semuanya kita lakukan sendiri iaitu mendapatkan sumber dari luar (outsourcing).

Ramai juga orang berfikir, dengan wang semua boleh direalisasikan. Wang boleh menampung semunya. Tapi kita perlu ingat, sifat wang adalah ia akan habis bila digunakan, tambahan jika ia digunakan tanpa perancangan dan pengendalian yang bijak. Sesetengah orang cuma ada modal dari segi kewangan. Tapi dari segi modal ilmu dan kemahiran mereka tak ada, lantas mudah ditipu, lebih parah pengurusan perniagaan diserahkan pada orang yang dianggap pakar dalam bidang perniagaan yang kita jalankan. Sedangkan bila melibatkan soal wang, orang bodoh pun akan mengaku pandai. Akhirnya perniagaan yang kita sangka akan berkembang maju menjadi sebaliknya. Untung yang diharapkan, rugi lagi ada.

Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan, ilmu adalah modal terpenting dalam bidang perniagaan, carilah ilmu sebanyak-banyaknya bagi mempersiapkan diri menceburi bidang perniagaan yang ingin dijalankan. Di samping itu, kemahiran akan menjadi pendokong kepada kejayaan. Ilmu dan kemahiran akan membantu kita menghadapi kesulitan dan musibah dalam perniagaan kerana bidang ini tidak sunyi dari dugaan, tipu helah dan muslihat. Sikap berhati-hati akan membuka mata kita terhadap ancaman yang bakal mendatang. Risiko boleh diambil untuk berkembang tapi biarlah risiko itu risiko yang kita boleh tanggung dan jangkakan pada satu-satu masa, bak kata orang putih 'calculated risk'.Jangan dengar pulangan besar, terus melabur tanpa memikirkan risiko yang mungkin bakal dihadapi. 

Akhir kata, carilah ilmu walau untuk apa pun, Nabi sendiri dah berpesan peri pentingnya ilmu. Jangan abaikan ilmu, carilah ilmu hingga ke liang lahad. Tapi ilmu yang baik-baik ye...!!!

Love,
Nora Rasit 



No comments:

Post a Comment