Sunday 1 January 2012

KECANTIKAN DAN TAHUN 2012
Happy New Year- Nora Rasit


Tiada ucapan yang lebih berharga selain mendoakan kejayan diri dan kalian semua di tahun 2012 ini. Saya percaya sempena tahun baru ini semua orang memasang azam baru walau hakikatnya saya berazam setiap hari....Tak salah kan...saya yakin setiap dari kita sebaik celik mata di pagi hari, kita memanjatkan syukur pada Ilahi kerana masih bernafas untuk mengharungi hidup ini. Selepas itu, sederet tugasan yang hendak disempurnakan hari ini berpusu menerjah minda. Lantas anggota tubuh mula bergerak menyempurnakan tugasan- tugasan tadi...itulah azam bagi saya, menetapkan tugasan yang hendak dilaksanakan dalam tempuh tertentu mengikut spesifikasi yang telah saya tetapkan. Anda bagaimana...??? Mungkin anda ada definisi yang lebih baik...hehehee...tinggalkan di bahagian komen ok...boleh kita share sama-sama.

Manusia suka kecantikan. Baik lelaki atau perempuan sukakan kecantikan. Nabi juga menggariskan salah satu ciri-ciri wanita untuk dinikahi itu cantik orangnya. Seperti semua maklum, definisi cantik itu luas. Bak kata orang, cantik luar dan dalam...terserah pada tafsiran dan penilaian. Cantik itu boleh dari aspek pengetahuan, rupa paras, budi bahasa, tingkahlaku dan macam-macam lagi, asal berkenan di hati....semuanya CANTIK.

Tahun 2012 saya bercadang menceburkan diri dalam bidang kecantikan bertumpu pada bidang solekan. Solekan untuk majlis-majlis keraian, pertunangan, pernikahan dan persandingan akan menjadi keutamaan saya. Minat saya telah bercambah lama cuma bakat menyolek tu tidak diasah. Bila ada yang memberikan komen positif selain dari trend pasaran yang memberangsangkan, saya fikir tiada salahnya saya menceburi bidang ini. Selain bakat, minat yang mendalam juga membuatkan saya tekad untuk berusaha dalam bidang ini.

Tirai 2011 saya tutup dengan menyolek seorang kawan yang inginkan perubahan pada penampilannya untuk satu majlis. Sebagai percubaan pertama yang saya anggap ada peningkatan dari hasil kerja saya sebelum ini, suka saya ingin berkongsi kepada anda. Saya jadikan ini sebagai titik tolak dalam kerjaya saya sebagai jurumekap kelak...

Sebelum disolek...
 Setelah mengambil masa hampir 2 jam, dicampur dengan sembang- sembang member lama...inilah hasilnya....jeng3.... 
Haaa....ada perubahan tak...?(setelah disolek)   


Alhamdulillah..sahabat saya berpuas hati dengan hasilnya dan ini menguatkan semangat saya untuk berusaha lebih gigih lagi. Diharap pasa masa akan datang saya akan berpeluang menyolek lebih ramai lagi. Saya mahu sentuhan saya dikenang dan mampu memberi kepuasan kepada bakal pelanggan saya...Amiin.


P/S : Kepada yang ingin memberi peluang seterusnya memberikan lebih ruang untuk saya mengembangkan bakat, sila hubungi saya di talian 013-7572748. Harga amat berpatutan. Terima kasih.


Love,
Nora Rasit 


1 comment:

  1. Salam dan Selamat Tahun Baharu Nora Rasit.

    Tuah ayam kita nampak, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu juga minat dan bakat. Dengan minat yang mendalam disulami bakat semula jadi yang tegar, memungkinkan apa saja. Saya ucapkan tahniah di atas penerokaan baru Nora. Sebagai rakan saya turut berbangga dan mendoakan kejayaan jua.

    Kecantikan adalah impian dan keinginan semua insan. Wanita amat mementingkan kecantikan. Itulah fitrah azali manusia. Pasaran terbuka luas. Apa yang Nora cuba berikan adalah apa yang diidamkan setiap wanita. Tidak timbul pesaingan kerana bukan semua orang berbakat dan bukan semua pula yang mempunyai minat yang mendalam. Teruskan usaha Nora.

    Daripada foto yang Nora lampirkan, nyatalah Nora mempunyai sentuhan tersendiri. Wajah model tidak berubah menjadi orang lain selepas solekan. Yang ketara wajah model itu bukan sahahja terserlah seri dan kegenitan tetapi pada pipi dan mata mempamerkan `sex appeal’ yang ketara. Saya rasa itulah kelebihan Nora. Garapkan kelebihan itu dengan kaedah-kaedah yang kontemporari. Saya yakin Nora akan menjadi ‘hit’ dalam bidang ini.

    Kalau tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya. Semoga 2012 menganjak Nora ke persada kejayaan.

    Salam.

    Ps. Kalau dapat dipadankan solekan dengan gaya tudung yang sesuai dengan raut muka, menganjak kelebihan Nora. Cipta kelainan melalui kelebihan ya.

    ReplyDelete