As-salam...
Rasa penat dan letih pulang dari Kuala Lumpur masih belum habis, tapi dah kena adjust otak untuk pikir pasal kerja yang dah dua hari ditinggalkan. Hati masih berbunga-bunga, maklumlah baru balik jumpa buah hati pengarang jantung, Dr. Irfan Khairi.
Hati yang meledak panas bagai disiram air bila pandang wajah beliau. Suara bak buluh perindu, membakar semangat saya untuk teruskan usaha mencambah idea untuk mendalami dan menjalankan bisnes secara online. Workshop yang dihadiri sangat-sangat membantu...krew beliau yang hebat-hebat dan macho-macho belaka melengkapkan proses pembelajaran saya. Jutaan terima kasih kepada mereka semua.
![]() |
Bersama Dr Irfan Khairi - Mentor ilmu berjiwa tulus |
Beberapa perkara penting telah saya perolehi dari worksop ini :
- Jangan pernah penat untuk belajar dan meneroka ilmu baru bagi meningkatkan jualan dan keuntungan. JUALAN MENINGKAT, KEUNTUNGAN MENINGKAT.
- Bila belajar, jangan tunjuk pandai. Ia menghalang kita mendapat ilmu secara optimum. Tanya soalan sebanyak mungkin, Soalan 'bodoh' pun tak mengapa (hehehe), sebab kita tak kan jadi bodoh pun hanya kerana soalan tu tapi sebaliknya akan jadi lebih pandai. JANGAN MALU BERTANYA.
- Kembara mencari ilmu itu bukan mudah. Masa, tenaga dan wang ringgit menjadi taruhan. Oleh itu, setiap ilmu yang diperolehi hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya agar ilmu tersebut menjadi ilmu yang bermanfaat. ILMU TANPA AMAL BAGAI POKOK TAK BERBUAH (Elok ditebang saje).
- Pemikiran, percakapan dan tingkahlaku harus sentiasa positif. Barulah kita umpama magnet yang akan menarik semua aura positif di sekekliling kita. Jika kita prejudis pada persekitaran kita, anasir yang negatif berpusu-pusu mendekati kita. Hati pun tak kan senang. POSITIF, POSITIF & POSITIF.
- Jangan sombong, jangan kedekut ilmu dan bersederhana dalam kehidupan. Contoh paling mudah, Dr. Irfan Khairi (sebab saya minat sangat cara dan pemikiran dia). Humble, energetic, sentiasa positif, ikhlas, bekerja keras dan proaktif serta tidak pernah putus asa. Lihatlah siapa beliau sekarang, ikon jutawan yang disegani, dikagumi dan disayangi (saya salah seorang dari jutaan peminat setianya).'IKUT RESMI PADI, MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI'.
Sehingga pada entry akan datang, Wassalam.